Thursday 18 October 2012

KATA KERJA





1.  Kata kerja digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkataan, perbuatan atau
     keadaan melakukan sesuatu.

2.  Kata kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain
     (kata bantu, objek, pelengkap, ayat dan keterangan).

3.  Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.

4.  Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :

     a) Kata Kerja Transitif
     b) Kata Kerja Tak Transitif

A) Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja yang tidak dapat berdiri sendiri dalam binaan sesuatu ayat dan
    memerlukan objek untuk menyokongnya.

2. Ia memerlukan objek penyambut yang terdiri daripada kata nama atau frasa
    nama.

3. Contoh : Faridah mencuci pinggan.
                 - mencuci   - kata kerja
                 - pinggan    - objek


B) Kata Kerja Tak Transitif


a) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap

1. Kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa objek dalam binaan sesuatu ayat dan
    sudah sempurna maknanya.

2. Contoh : Alisya sedang tidur.


b) Kata Kerja Transitif Berpelengkap

1. Kata kerja ini memerlukan pelengkap seperti kata nama, kata adjektif atau frasa
    sendi nama bagi melengkapkan frasa tersebut.

2. Contoh : Rumah baharunya berlantaikan jubin import (pelengkap kata nama).
                 Lukanya beransur baik (pelengkap kata adjektif).














3 comments:

  1. Kata Kerja yang dimaksudkan adalah merupakan pelengkap sesuatu ayat dalam Bahasa Melayu. Ianya selalu dipertuturkan sehari-hari tetapi tidak disedari oleh si penutur. Ianya boleh diubah sekiranya dipraktikkan.

    ReplyDelete
  2. Diharap nota ini dapat menjadi panduan kepada pelajar kita..

    ReplyDelete
  3. Terima kasih rakan sepejungan, diharapkan ianya memberi munafaat yang sepatutnya kepeda semua warga pendidik.

    ReplyDelete