Wednesday, 24 October 2012
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM KELAS BAHASA MELAYU TAHAP 1 BAGI TAJUK KATA KERJA
Aktiviti yang dijalankan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi murid tahap 1 dalam kelas pengajaran dan pembelajaran.
Saturday, 20 October 2012
PETA MINDA BAGI KATA KERJA BAHASA MELAYU
Peta minda kata kerja dalam mata pelajaran Bahasa Melayu ini bertujuan untuk memudahkan pemahaman dan ingatan murid perkara-perkara penting yang terdapat dalam sesuatu kata kerja mengikut kategorinya.
a) Kata kerja transitif
b) Kata kerja tak transitif
Thursday, 18 October 2012
KATA KERJA
1. Kata kerja digunakan untuk menunjukkan sesuatu perkataan, perbuatan atau
keadaan melakukan sesuatu.
2. Kata kerja terdiri daripada kata kerja yang boleh disertai beberapa unsur lain
(kata bantu, objek, pelengkap, ayat dan keterangan).
3. Kata kerja ialah perkataan yang menjadi inti bagi binaan frasa kerja.
4. Kata kerja terbahagi kepada dua iaitu :
a) Kata Kerja Transitif
b) Kata Kerja Tak Transitif
A) Kata Kerja Transitif
1. Kata kerja yang tidak dapat berdiri sendiri dalam binaan sesuatu ayat dan
memerlukan objek untuk menyokongnya.
2. Ia memerlukan objek penyambut yang terdiri daripada kata nama atau frasa
nama.
3. Contoh : Faridah mencuci pinggan.
- mencuci - kata kerja
- pinggan - objek
B) Kata Kerja Tak Transitif
a) Kata Kerja Tak Transitif Tanpa Pelengkap
1. Kata kerja yang dapat berdiri sendiri tanpa objek dalam binaan sesuatu ayat dan
sudah sempurna maknanya.
2. Contoh : Alisya sedang tidur.
b) Kata Kerja Transitif Berpelengkap
1. Kata kerja ini memerlukan pelengkap seperti kata nama, kata adjektif atau frasa
sendi nama bagi melengkapkan frasa tersebut.
2. Contoh : Rumah baharunya berlantaikan jubin import (pelengkap kata nama).
Lukanya beransur baik (pelengkap kata adjektif).
Subscribe to:
Posts (Atom)